RSS

~MUHASABAH SEORANG WANITA~

Jadilah seorang Wanita Solehah...
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Deen Allah,

Yang senantiasa haus dengan ibadah kepada Allah,
Yang senantiasa dahaga akan mengharap redha daripada Allah,
Yang solatnya adalah bekal dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar, tidak pernah gentar untuk melawan nafsu.

Jadilah seorang Wanita Solehah...
Yang menjaga tutur katanya, yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang senantiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jahat.

Jadilah seorang Wanita Solehah...
Yang menghormati suaminya,
Yang senantiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga, dan akan mendampingi suami dalam mendidik anak2nya untuk mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang Wanita Solehah...
Yang senantiasa bersedia untuk menjadi makmum Imamnya,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan qona'ah,
Yang tidak dikotori dengan perhiasan dunia yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.





Jadilah seorang Wanita Solehah...
Yang selalu menjaga lisan, penyayang terhadap keluarga & suaminya,
Matanya tidak pernah penat membaca qalam Allah,
Lidahnya tidak kelu berzikir memuji Allah,
Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh ketenangan,
Kerana dia sedar betapa indahnya menjadi Wanita Solehah seindah hiasan dunia,
Semakin sedar bertambah usianya maka bertambahlah kematangannya.

Jadilah seorang Wanita Solehah...
Yang senantiasa mengabdikan diri untuk menjadi mujahidah Allah,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dipelihara dan dijaga,
Agar tumbuh putik tunas yang bakal menjaga dirinya di alam baqo',
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang Wanita Solehah..
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia kerana dia mengimpikan Syurga Allah...Semoga senantiasa dirahmati-Nya...Aamiin ya Robbal 'alamiin ♥

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

apakah BAHAGIA (^^,)

♥ Ibn Khaldun :
>>"Bahagia itu ialah tunduk dan patuh mengikut garis ketentuan ALLAH dan berperikemanusiaan."


♥ Hutaiah (Ahli Syair) berkata :
>>Menurut pendapatku, "kebahagiaan itu pada pengumpul harta benda. Tetapi taqwa akan ALLAH itulah bahagia. Taqwa kepada ALLAH itulah bekal yang sebaik-baiknya disimpan. Pada sisi ALLAH sajalah kebahagiaan para orang yang bertakwa."

♥ Al-Ghazali :
>>"Bahagia dan kelazatan sejati ialah apabila kita dapat mengingati ALLAH. Manakala kesempurnaan bahagia itu bergantung kepada tiga kekuatan, iaitu kekuatan marah, kekuatan syahwat dan kekuatan ilmu. Tetapi kekuatan itu perlu diawasi agar ia tidak terlalu lebih dan tidak tersangat kurang. Ketahuilah kebahagiaan tiap-tiap sesuatu ialah bila kita merasakan nikmatnya kesenangan dan kenikmatannya, dan kenikmatan itu ialah menurut tabiat kejadiaannya masing-masing. Kenikmatan mata ialah jika melihat apa yang indah, kenikmatan telinga ialah jika mendengar suaru merdu dan demiian pula anggota badan lainnya. Sedangkan kenikmatan hati ialah keteguhan ma'rifat kepada ALLAH kerana hati itu dijadikan adalah untuk mengenal Tuhan."

Al-Quran menjelaskan bahawa Nabi kita SAW adalah contoh teladan yang baik untuk dijadikan contoh kepada ciri-ciri keluarga bahagia.

Firman Allah SWT maksudnya:
❝
Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa 
mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).❞
(Surah Al-Ahzaab : Ayat 74)

##ALHAMDULILLAH ♥
begitulah keindahan bahagia,
kita dapat mengenal ALLAH SWT
Insya'ALLAH,
may ALLAH bless us..ameen ;-)##

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cara yang INDAH =)


TAHUKAH KAMU WAHAI ADAM ?

**Apa yang ada di sebalik sekeping hati muslimah itu??

>>Dia sedang berjuang memelihara hati engkau supaya tegar meletakkan Allah di atas singgahsana    dalam hatimu.

>>Dia mahukan engkau menjadi mujahid yang sibuk menegakkan kalimah haq berbanding melayani hawa nafsumu.

>>Betapa dia sangat takut andai dirinya menjadi punca kelalaian hatimu dalam menunaikan haq Allah.

>>Betapa dia sangat takut andai dirinya mengkhianati haq Allah dgn mengambil alih singgahsana Allah dalam hatimu..


Oleh itu, janganlah engkau sewenang-wenangnya melafazkan di hadapan kami (muslimah): "Aku suka padamu, @ Aku cinta padamu kerana ALLAH".. betapa beratnya ujian itu kepada hati kami ini, andai engkau mengetahui..

~minta nombor telefon/handphone ayah atau alamat rumah si muslimah, Lafazkan: "Assalamualaikum pakcik, saya suka anak pakcik, mahu mengambil dia menjadi isteri saya, boleh?? Minta pakcik izinkan" ...  insyaAllah, urusan yang baik, diminta secara baik juga, pasti Allah mudahkan.

*Dengan cara ini PASTI akan dapat menjaga hati kedua2 belah pihak*~

La Haula Walaa Quwwata Illa Billahil A'liyyil A'ziim.. (^____^)
selamat beramal..♥

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

jadilah seperti si MAWAR BERDURI

Duhai Mawar Islam, sesungguhnya kejadianmu sungguh indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, dirimu umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kamu ingin menyerah diri pada sang kumbang???


Renunglah pada keindahan BUNGA MAWAR yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan harumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga sehinggakan dia terfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Duhai Mawar Islam, akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kamu tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tetapi sayangnya tidak berduri. Kamu tidak layak lagi dimahkotakan sebagai SI MAWAR BERDURI. Sesungguhnya Utusan Allah, Rasulullah SAW ada mengatakan tentang bahaya dirimu.

“Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim)

Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah duhai Mawar Islam tersayang, ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat KUMBANG TERPILIH yang dijanjikan Allah SWT buatmu.

Indahnya hidup ini andai kita melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah SWT. Bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman insan soleh bernama Adam.

Firman Allah SWT dalam al-Quran, Surah An-Nur ayat 26 yang bermaksud:

“…Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~cemburu profesional~

Dari Abu Hurairah, Aisyah berkata :

“Aku tidak pernah merasa cemburu kepada seorang wanita sebesar rasa cemburuku pada Khadijah. Aku tidak pernah melihatnya, tetapi Rasulullah sering menyebut dan mengingatnya.


Ketika menyembelih seekor kambing, beliau selalu memotong sebahagian dagingnya dan menghadiahkannya kepada sahabat-sahabat Khadijah.

Aku pernah berkata kepada Rasulullah, ‘Seperti tidak ada wanita lain di dunia ini selain Khadijah’.

Rasulullah menjawab, ‘Khadijah itu begini dan begitu, dan dari dialah aku memperoleh anak’.”
(HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan Baghawi)




Subhanallah, begitu detail Aisyah, isteri Rasulullah yang jelita menceritakan rasa cemburunya. Dan itu diungkapkannya kepada semua orang yang berniat mendengarkan kisah tauladan dan perasaan yang dialami Aisyah. Demikian indah beliau menggambarkan perasaannya yang secara fitrah pasti tidak enak.

Bagaimana mampu seorang wanita menceritakan rasa cemburunya, yang secara jujur pasti menyakitkan dan membuat hati seperti dihiris pisau?

Namun Aisyah dengan cara yang sangat profesional ternyata mampu mengatasi itu semua serta menceritakan semua kejadian dan perasaan yang dialaminya untuk dijadikan ibrah atau pengajaran bagi sesiapa sahaja yang mendengarkan, bahkan sehingga sampai beratus tahun kemudian.

Aisyah akan terus bercerita tentang kisah hidup rumah tangganya berulang kali sampai sekarang, seakan-akan apa yang dialami oleh beliau baru beberapa hari yang lalu terjadi. Sehingga kitapun seakan hadir pada waktu peristiwa itu terjadi.

Aisyah demikian profesional dalam menjalankan tanggungjawab sebagai isteri terdekat Rasul. Aisyah mampu mengelola rasa cemburunya sehingga rasa cemburu itu dikemas dengan indah sehingga menjadi cemburu yang profesional.

Sanggupkah kita memiliki CEMBURU yang PROFESIONAL? iaitu cemburu namun tetap professional, tidak menyakiti diri sendiri, tidak kekanak-kanakan, mencelakan orang lain, marah yang tidak keruan, sering bersangka buruk dan sebagainya.

Walau cemburu, tetap melakukan tugas dan tanggungjawab dengan baik tanpa terganggu oleh rasa cemburu itu.

Tetap tabah dan sabar dan tetap beribadah serta melakukan tugas sebagai isteri dengan ikhlas secara profesional sehingga cemburu tidak mengganggu kerja dan ibadah kita.

Ya, hanya KEIMANAN YANG TINGGILAH yang mampu membuat kita memiliki kepandaian untuk mengelola rasa cemburu sehingga menjadi cemburu yang profesional.;')




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

buatmu WANITA SOLEHAH~


Insan yang telah berikrar setia menunaikan tugas mulia sebagai Muslimah,
Sentiasa bersabar menghadapi berbagai rintangan hidup yang mendatang,
Yang sentiasa berupaya mewujudkan cita-cita mulia dan hanya mengharapkan keredhaan ALLAH SWT.

Akhlakmu begitu mempersona, sopan dan menyejukan mata,
Tutur bicaramu melegakan jiwa yang lara,
Penampilanmu terhias dengan panduan agama,
Perisai malu menjadi pakaian keperibadianmu yang utama,
Dan, semangat juangmu yang sentiasa membara dalam jiwa...

Semuanya, bersatu padu dalam dirimu,
Agar menjadi wanita yang dirindu Syurga...

Ketahuilah, wahai muslimah yang luhur...

Kehilanganmu, bererti kehilangan untaian talian cinta,
Ketiadaanmu, bererti ketiadaan generasi manusia,
Kebaikanmu, bererti kebaikan segenap semesta,
Keburukanmu, bererti kehancuran tiang negara.

Ketahuilah wahai saudariku mukminah solehah,

Tidak akan pernah kita temui kenikmatan hakiki tanpa perjuangan sejati, tidak pernah kita jumpai kebahagiaan tertinggi tanpa pengorbanan tiada henti. Apa yang kita persembahkan untuk meninggikan agama Allah tidak pernah sia-sia.

Ibarat cahaya, ia akan sentiasa menerangi,
Ibarat pohon rendang, ia akan menaungi,
Ibarat bunga mawar, ia sentiasa harum mewangi!

Senyumanmu, akhlakmu, budi pekertimu, sahsiahmu adalah kekuatan, kemewahan dan kekayaanmu yang sebenar.

Jadilah dirimu yang sebenar sesuci fitrah insani, agar disayangi makhluk duniawi dan dirindui hati-hati yang mencintai Ilahi.

Agar Bidadari di syurga, mencemburuimu kerana mutiara berharga yang terpendam di dalam dirimu.

Peliharalah dirimu dan perindahkanlah keperibadianmu,
Agar dirimu menjadi wanita muslimah solehah yang dicintai, dikasihi dan diredahi Ilahi.

Yakinilah ukhti mukminah,

Keindahan sanubari,
Kedamaian hati,
Ketenteraman batini,
Kelembutan sahsiah diri,
Akan terpancar dari setiap diri mukminah yang tulus ikhlas memilih jalan yang mulia ini.

Jalan yang dihampari dengan duri-duri,
Yang mungkin akan tertusuk dikaki,
Namun, jauh disudut hati inilah jalan menuju Ilahi!

Muslimah yang tetap teguh menyusuri al-haq dengan keimanan yang hakiki,
Membasmi yang batil dengan gagah berani,
Tidak pernah gentar dan takut mati.

Semoga dirimu, benar-benar dicintai Rabbi.

Women Of Heaven

-----------------------------------------------------------

Titipan buat mereka-mereka yang bergelar wanita, kalian adalah insan ciptaan ALLAH SWT yang istimewa. Memiliki kekuatan yang luar biasa, andainya kehidupan ini didasari keimanan, keyakinan, kepasrahan dan pergantungan hanya untuk ALLAH SWT.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apabila Muslimah Jatuh Cinta

Perempuan jatuh cinta, perkara biasa. tapi Muslimah jatuh cinta???

Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?

Mereka juga punya hati dan rasa.


Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki menyapa hatinya? Tiada senyuman bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada perasaan suka di dada. Namun sebaliknya.

Ketika muslimah jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap. Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci

Ketika rasa rindu mulai bermain di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperi akan sebuah rasa yang tak semestinya. Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.

Ketika muslimah jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut. Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh. Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya. Bahkan jika cinta dia harus menghilang, maka itu pun akan dilakukan.

Alangkah kasihannya jika muslimah jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan. Tetapi muslimah, bersabarlah. Jadikan ini ujian dari Rabbmu. Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap. Putarkan balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya. Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.

Muslimah, janganlah khuatir kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu. Tetapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tidak akan boleh kalian bersatu.

Muslimah, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya..~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS