RSS

buatmu WANITA SOLEHAH~


Insan yang telah berikrar setia menunaikan tugas mulia sebagai Muslimah,
Sentiasa bersabar menghadapi berbagai rintangan hidup yang mendatang,
Yang sentiasa berupaya mewujudkan cita-cita mulia dan hanya mengharapkan keredhaan ALLAH SWT.

Akhlakmu begitu mempersona, sopan dan menyejukan mata,
Tutur bicaramu melegakan jiwa yang lara,
Penampilanmu terhias dengan panduan agama,
Perisai malu menjadi pakaian keperibadianmu yang utama,
Dan, semangat juangmu yang sentiasa membara dalam jiwa...

Semuanya, bersatu padu dalam dirimu,
Agar menjadi wanita yang dirindu Syurga...

Ketahuilah, wahai muslimah yang luhur...

Kehilanganmu, bererti kehilangan untaian talian cinta,
Ketiadaanmu, bererti ketiadaan generasi manusia,
Kebaikanmu, bererti kebaikan segenap semesta,
Keburukanmu, bererti kehancuran tiang negara.

Ketahuilah wahai saudariku mukminah solehah,

Tidak akan pernah kita temui kenikmatan hakiki tanpa perjuangan sejati, tidak pernah kita jumpai kebahagiaan tertinggi tanpa pengorbanan tiada henti. Apa yang kita persembahkan untuk meninggikan agama Allah tidak pernah sia-sia.

Ibarat cahaya, ia akan sentiasa menerangi,
Ibarat pohon rendang, ia akan menaungi,
Ibarat bunga mawar, ia sentiasa harum mewangi!

Senyumanmu, akhlakmu, budi pekertimu, sahsiahmu adalah kekuatan, kemewahan dan kekayaanmu yang sebenar.

Jadilah dirimu yang sebenar sesuci fitrah insani, agar disayangi makhluk duniawi dan dirindui hati-hati yang mencintai Ilahi.

Agar Bidadari di syurga, mencemburuimu kerana mutiara berharga yang terpendam di dalam dirimu.

Peliharalah dirimu dan perindahkanlah keperibadianmu,
Agar dirimu menjadi wanita muslimah solehah yang dicintai, dikasihi dan diredahi Ilahi.

Yakinilah ukhti mukminah,

Keindahan sanubari,
Kedamaian hati,
Ketenteraman batini,
Kelembutan sahsiah diri,
Akan terpancar dari setiap diri mukminah yang tulus ikhlas memilih jalan yang mulia ini.

Jalan yang dihampari dengan duri-duri,
Yang mungkin akan tertusuk dikaki,
Namun, jauh disudut hati inilah jalan menuju Ilahi!

Muslimah yang tetap teguh menyusuri al-haq dengan keimanan yang hakiki,
Membasmi yang batil dengan gagah berani,
Tidak pernah gentar dan takut mati.

Semoga dirimu, benar-benar dicintai Rabbi.

Women Of Heaven

-----------------------------------------------------------

Titipan buat mereka-mereka yang bergelar wanita, kalian adalah insan ciptaan ALLAH SWT yang istimewa. Memiliki kekuatan yang luar biasa, andainya kehidupan ini didasari keimanan, keyakinan, kepasrahan dan pergantungan hanya untuk ALLAH SWT.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Unknown said...

assalamualaikum
akk, kite share entry ni kat blog kite.. hehe.. terima kasih

http://thornflowers.blogspot.com/2012/10/buatmu-wanita-solehah.html

Post a Comment